Disember 7, 2024 HASO Muadzam telah menyertai Pertandingan Kemahiran HINO didalam 2 kategori; “Service Advisor” dan “Service Category”. Penyertaan ini adalah julung pertama kalinya disertai oleh MARALINER untuk beradu kemahiran diantara 28 HINO Dealer seluruh Malaysia. HASO Muadzam telah menyahut cabaran untuk menyaingi kompetensi HINO Dealer yang telah lama berkecimpung didalam industri sektor kenderaan perdagangan. Melalui pertandingan kemahiran ini, HASO Muadzam telah mengorak selangkah maju kehadapan serta mengadaptasi pengalaman yang baru sesuai dengan keperluan & kehendak semasa industri bagi merialisasikan pelan transformasi MARALINER kearah yang lebih cemerlang setanding dengan pemain industri yang lain.