4 Julai 2024 – KUALA LUMPUR MARA Liner menerima kunjungan hormat daripada YAB Dato’ Seri Dr.Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri (TPM) juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah hari ini (KKDW).Dalam pertemuan di ibu pejabat MARALINER, YAB TPM berpeluang meninjau operasi dan perkhidmatan yang dijalankan oleh MARA Liner seterusnya membincangkan inisiatif masa depan industri pengangkutan awam darat turut hadir dalam pertemuan ini YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA, Encik Yahaya bin Sani, Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA juga barisan pengurusan MARA dan MARA Corporation. Selain itu, YAB Menteri KKDW ini juga berkesempatan melihat sendiri pencapaian dan inovasi yang diperkenalkan oleh MARA Liner dan kemudian membincangkan peranan MARA Liner dalam usaha meningkatkan kualiti pengangkutan awam di Malaysia.