3 & 4 Julai 2023
Kursus Peningkatan Diri Ke Arah Kecemerlangan Dan Berintergriti Siri II 2023
Objektif kursus ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai positif supaya para mekanik dan pemandu MARA Liner dapat menyesuaikan diri dengan perwatakan dan tingkah laku positif demi meningkatkan mutu perkhidmatan yang cemerlang dan berintergriti.
Kursus ini berkonsepkan Pemikiran Positif dan Minda Pertumbuhan untuk pekerja. Minda Positif ialah satu set idea, emosi, dan tindakan, yang menyebabkan seseorang individu untuk bertindak balas secara membina kepada situasi negatif dan membuat yang terbaik daripada situasi tersebut.