KUALA LUMPUR, 29 Oktober 2024 – Pengerusi MARA Liner Sdn Bhd (MLSB), Dato’ Mohd Sumali Bin Reduan bersama barisan pengurusan tertinggi MLSB telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA) kali ke-44 yang diadakan di WTCKL pagi tadi. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah. Penglibatan MLSB adalah sebagai tanda sokongan kepada PEMBAWA dalam usaha mereka untuk merealisasikan hasrat para pengusaha bas dalam memacu kemajuan sektor pengangkutan bas ekspres di Malaysia. Mesyuarat ini juga menekankan aspek usaha PEMBAWA seiring dengan kemajuan teknologi dan pembangunan untuk memperkasakan perkhidmatan bas ekspres. Semoga melalui pertemuan ini, kami dapat terus mempertingkatkan mutu perkhidmatan bas ekspres dan bersama-sama berganding bahu dalam apa jua cabaran akan datang . Bersama kita melangkah lebih jauh.