16 Februari 2023
Majlis Pelancaran HINO Approved Service Outlet (HASO) yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA bertempat di Bengkel MARA Liner Muadzam Shah, Pahang. Penubuhan HINO Approved Service Outlet (HASO) di MARA Liner cawangan Muadzam Shah merupakan inisiatif HINO Malaysia dalam menjaga bas MARA Liner di sekitar kawasan Muadzam Shah, Chini dan juga Bandar Tun Razak (BTR).
Ini menunjukan, berlakunya sistem pembelajaran di dalam industri, atau dikenali sebagai ‘teaching factory’ di bengkel HASO ini. Graduan-graduan teknikal lepasan TVET MARA di gilap sehingga mencapai tahap ‘industry working level’ dan seterusnya memastikan kebolehpasaran mereka untuk diterima masuk ke dalam industri.
Sesi penukaran cenderahati di antara pihak Hino Motors Malaysia dan Majlis Amanah Rakyat juga MARA Corporation ini juga menjadi simbolik kepada kerjasama yang terjalin. Semoga kerjasama ini dapat memberi manfaat kepada lebih ramai para pelajar, rakyat setempat dan juga industri pengangkutan Malaysia.