2 Julai 2024 – Majlis penyerahan dua (2) buah bas henti-henti telah berlangsung di Pendang, Kedah dengan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA). Majlis ini disempurnakan dengan simbolik penyerahan replika kunci bas dari Dr. Ts. Mohd Fahmi bin Mad Ali, Ketua Pegawai Eksekutif, Protech Master Coach Sdn Bhd (PMC) kepada Encik Md. Najib bin Mo’min, Pengarah Bahagian Industri Pengangkutan MARA, seterusnya kepada Encik Zachary Ismail Bin Zee Ismail selaku Ketua Pegawai Eksekutif MARALINER disaksikan oleh YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA dan Encik Yahaya bin Sani, Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA. Penyerahan ini adalah sebahagian daripada Projek Penggantian 18 buah bas henti-henti Negeri Kedah bagi memastikan perkhidmatan bas yang lebih mudah diakses, selesa dan berkualiti setanding dengan perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan bandar.