Bukit Jalil, 21 September 2024 – Ketua Pegawai Eksekutif MARA Liner Sdn. Bhd (MLSB) Encik Zachary Ismail Bin Zee Ismail, membuat penyerahan sijil kelulusan lantikan vendor kepada wakil pengurusan syarikat Treadmaster Sdn. Bhd di Pameran MATEC 2024 , Bukit Jalil, pagi tadi.
Penyerahan ini disaksikan oleh Pengerusi MARA, YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki diiringi bersama Timbalan Pengarah MARA (Keusahawanan), YBhg. Dato’ Zulfikri Bin Osman. Lantikan ini merupakan satu langkah MLSB dalam meningkatkan keselamatan kenderaan dan memantapkan kecekapan operasi bas MARALINER untuk orang awam.
Penyerahan Sijil Lantikan Vendor disaksikan oleh Ybhg, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki bersama Timbalan Pengarah MARA (Keusahawanan), YBhg. Dato’ Zulfikri Bin Osman. Penyerahan sijil daripada Ketua Pegawai Eksekutif MLSB, Encik Zachary Ismail Bin Zee Ismail kepada wakil pengurusan syarikat Treadmaster Sdn, Bhd.