Telah berlangsungnya perbincangan mengenai komunikasi strategik bersama Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perlis, En. Mazli Bin Hamdam, Ketua Pegawai Eksekutif MARA Liner Sdn Bhd (MLSB), En.Zachary Ismail Bin Zee Ismail bersama wakil daripada Bahagian Komunikasi Korporat MARA di Perlis pagi tadi. Perbincangan komunikasi strategik ini berlangsung bagi membincangkan lebih lanjut mengenai perkhidmatan MLSB di negeri ini agar dapat di luaskan lagi dan seterusnya dapat membantu masyarakat setempat terutamanya golongan bekerja antara bandar atau negeri dan para pelajar sekolah juga mahasiswa. Semoga usaha murni ini dapat memberikan impak positif dan memudah cara masyarakat Negeri Perlis terutamanya daripada segi pengangkutan awam.