Alor Setar, 24 Julai 2024 — Program kacau bubur asyura yang diadakan sebagai salah satu usaha untuk memupuk semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan kakitangan MARALINER melibatkan penyertaan Pengurusan Operasi Ekspres Zon Utara, ML Alor Setar, dan Kejuruteraan Utara. Acara yang bertujuan untuk merapatkan hubungan antara kakitangan dan memupuk semangat gotong royong ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Diharapkan acara seperti ini akan terus diadakan pada masa akan datang untuk memperkukuhkan lagi hubungan dan kerjasama dalam MARA Liner.