MELAKA, 12 Disember 2024 – Seramai 16 orang aperantis TVET MARALINER dan 4 orang mekanik kejuruteraan telah mengikuti kursus penyelenggaraan kenderaan elektrik di 𝘛𝘦𝘤𝘩𝘯𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘌𝘹𝘱𝘦𝘳𝘵 𝘛𝘳𝘢𝘪𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘈𝘤𝘢𝘥𝘦𝘮𝘺 (THETA), KKTM Masjid Tanah, Melaka. Kursus selama 2 hari ini telah di sempurnakan oleh YBrs. Tuan Shabudin Bin Said selaku Pengarah KKTM Masjid Tanah, Melaka. Penyertaan ini adalah sebagai penambah nilai, melatih dan menginovasi kompetensi perantis TVET MARALINER dalam bidang penyelenggaraan kenderaan elektrik komersial dan pengangkutan awam. Pensijilan kompetensi dalam bidang penyelenggaraan kenderaan elektrik ini adalah langkah proaktif institusi untuk melahirkan tenaga mahir dalam usaha Malaysia memperkasakan sistem pengangkutan kenderaan elektrik menjelang tahun 2050. Turut hadir bersama YBhg. Dato’ Ir. Mohamad Bin Dalip wakil industri daripada Terus Maju Services Sdn Bhd (TMS) serta pegawai MARA dari Bahagian Kemahiran Teknikal (BKT) dan Ketua Program Automotif KKTM Masjid Tanah, Melaka.
TVET MARALINER berharap dengan penyertaan sebegini dapat menambahkan lagi ilmu kemahiran untuk memenuhi keperluan industri pengangkutan dan komersial pada masa yang akan datang.







