En. Zachary Ismail Bin Zee Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif MARA Liner Sdn Bhd (MLSB) berkesempatan untuk turun ke Uitm Puncak Alam hari ini bagi menyampaikan perkongsian Ilmu bertajuk “Innovations and Challenges in Public Transportation for Rural and Remote Communities”. Sesi perkongsian bersama para pelajar daripada Fakulti Pengurusan Perniagaan, Uitm Puncak Alam ini adalah lebih menjurus kepada bagaiman MLSB mengendalikan bas di kawasan luar bandar, pinggir bandar dan komuniti terpencil. Di selitkan juga perkongsian mengenai inovasi MLSB dalam pendigitalan teknologi untuk meningkatkan ketersambungan.