20 Jun 2024, Khamis – En. Zachary Ismail Bin Zee Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif MARA Liner Sdn Bhd (MLSB) berkesempatan untuk menyampaikan Industrial Talk bertajuk “Exploring the Role of Digitalisation in Enhancing Trade Facilitation in International Transport” kepada para pelajar daripada UiTM Puncak Alam secara dalam talian pagi tadi.
Sesi perkongsian ilmu ini diadakan bertujuan untuk menambahkan pengetahuan mereka mengenai pendigitalan dalam industri pengangkutan Malaysia khususnya pengangkutan awam darat. Dimana, industri ini kini bergerak seiring dengan arus pemodenan digital dan telah membantu memudahkan para penumpang daripada pelbagai segi seperti penjimatan masa, wang, aduan dan pelbagai lagi. Pendigitalan juga membantu syarikat memperhalusi pengoperasian pengangkutan secara dalam talian tidak kira di mana atau bila.
Terima kasih diucapkan kepada pihak UiTM Puncak Alam kerana memberi peluang kepada kami untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada semua.