Mesyuarat Agung Tahunan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa) Kali Ke-44
KUALA LUMPUR, 29 Oktober 2024 – Pengerusi MARA Liner Sdn Bhd (MLSB), Dato’ Mohd Sumali Bin Reduan bersama barisan pengurusan tertinggi MLSB telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA) kali ke-44 yang diadakan di WTCKL pagi tadi. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah.